Berikut adalah buku-buku yang terkini daripada kedai aku.
Itu adalah sebahagian daripada buku dan barang dari kedai aku. Ada yang aku jual dengan harga yang berpatutan. Mestilah ada untung, tapi tak seberapa. Hanya aku suka jikalau barang-barang tersebut dapat dijual. Apabila mereka tanya aku akan beritahu mereka produk yang aku jual dan dengan sejelasnya. Pastikan mereka yang membelinya mendapat apa yang mereka kehendaki.
Seperti yang telah aku ceritakan sebelumnya, dulu aku kerja zoo. Jadi, buku-buku mengenai haiwan ada juga dikedai aku. Jikalau mereka nak tahu pasal haiwan, akan aku jelaskan pada mereka dengan bangganya..Yalah, tak dapat nak pisahkan tentang haiwan. Aku dah lama berkecimpung dengan haiwan..... selama 25 tahun. Dah faham dengan kerenah haiwan dan juga orang. Itu cerita dulu , nanti akan aku ceritakan suka duka aku semasa bekerja dengan haiwan.
Memanglah aku nak buat cam ni tapi tunggu tahun hadapan. Banyak faktor, satu daripadanya ialah untuk mendapatkan buku yang terbaek dan juga mereka yang minat membaca.
Aku dah buat survey sebelum aku buka kedai. Rata-rata rakyat Malaysia berkehendakkan buku atau novel yang murah harganya. Macamana caranya kita nak tarik minat mereka. Kemudian aku berfikir, kalau harga buku tersebut mahal, apa salahnya kita buat konsep macam aku, tapi yang pastinya keadaan kedai aku perlu yang terbaik dan bagus. Barulah mereka akan datang untuk membaca dan menyewa buku tersebut.
Seperti yang aku katakan , aku baru buka kedai 3 minggu, kalau dah 3 bulan mungkin aku boleh buat macam tu.
No comments:
Post a Comment