Friday, 18 December 2015

Buku pelbagai genre pada harga diskaun sempena minggu gaji


Gaji kita setiap bulan hanya cukup untuk cover barang keperluan asas saja? Sedih juga jika berada dalam keadaan macam ini kan? Namun percayalah, ada sangat ramai lagi orang di dunia malah di Malaysia yang lebih kurang bernasib baik dari kita. Mari kita panjatkan syukur kepada Allah swt kerana kita ada gaji tetap setiap bulan.


OK, gaji dah masuk? Gunalah sedikit untuk beli buku. InsyaAllah ada manfaatnya. Kalau bukan untuk diri sendiri, jom beli buku untuk ahli keluarga. PTS bookcafe sekarang menawarkan promosi jualan buku pada harga yang amat menarik, khusus untuk kita yang gemar membaca dan cenderung membeli buku hanya apabila ia ditawarkan pada harga rendah / munasabah.

Saya ingin cadangkan buku-buku panduan untuk meningkatkan kualiti ibadah kita. Ada juga buku-buku sejarah Islam yang isi kandungannya amat relevan untuk diketahui. Sekarang pada harga diskaun.





Buku-buku di bawah amat popular di seluruh dunia dan sudah terjual berjuta naskah. Pasti ada sebabnya kan? Sekarang sudah diterjemah ke Bahasa Melayu dan harga yang ditawarkan juga amat menarik. Hanya untuk masa dan dengan stok terhad.

Buku-buku business & pengurusan kewangan

==================================
Who Moved My Cheese? (Edisi Bahasa Melayu) - Hard Cover
Harga Biasa: RM29.90. Sekarang RM14.95 (potongan 50%)

Info Buku (sumber PTS)
Kategori: Bukan Fiksyen Umum, Bisnes & Pengurusan Umum, Motivasi & Inspirasi
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kisah yang ditulis untuk semua peringkat umur ini dapat dibaca dalam masa kurang daripada satu jam. Namun, keunikan wawasan yang terdapat pada kisah ini kekal sepanjang hayat.

Who Moved My Cheese? adalah sebuah perumpamaan ringkas yang mendedahkan hakikat kehidupan. Kisah yang lucu dan mencerahkan ini adalah tentang empat watak yang tinggal di sebuah kawasan berliku, yang sibuk mencari keju bagi menggembirakan hati sendiri.

Keju adalah metafora bagi apa yang kita mahukan dalam hidup, sama ada berkaitan dengan pekerjaan, perhubungan, wang, kesihatan, ataupun ketenangan fikiran.

Manakala kawasan berliku yang dimaksudkan adalah tempat kita menemukan apa yang kita mahu, sama ada organisasi tempat kerja, keluarga, ataupun komuniti tempat tinggal.

Buku yang ditulis oleh penulis bestseller, Dr. Spencer Johnson, ini menerangkan kepada kita bagaimana:
- Menjangkakan perubahan
- Beradaptasi dengan perubahan secepatnya
- Menikmati perubahan
- Bersedia untuk berubah secepatnya dan terus berubah tanpa henti

Kenal pasti rahsia yang ada dan belajar menghadapi perubahan, supaya kita tidak begitu stres dan dapat mengukir lebih banyak kejayaan di tempat kerja dan dalam hidup.
===========================

Bakal usahawan wanita mesti baca

Rich Woman Edisi Bahasa Melayu

Harga Biasa: RM28.00. Kini RM14.00 (Jimat RM14.00)

Info Buku (sumber PTS)
Kategori: Bisnes & Pengurusan Umum
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kebanyakan wanita pada hari ini bersetuju bahawa lelaki lebih hebat dalam pelaburan. Mengapa?
Kim Kiyosaki menyangkal pandangan lapuk ini dan yakin bahawa wanita juga mampu berjaya
dalam arena pelaburan. Menerusi buku Rich Woman ini, Kim membuka minda pembaca perihal
celik kewangan dan menekankan empat kunci utama bagi bergelar pelabur yang kaya dan berjaya:

Perkasakan diri dengan pendidikan: Kita akan menjadi pelabur yang lebih bijak sekiranya mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ini.

Mula melabur secara kecil ­kecilan: Apa sahaja pelaburan yang kita pilih. Mulakan secara kecil­ kecilan dan jangkakan kesilapan. Laburkan sedikit wang dahulu: Kita akan faham betapa berminatnya kita terhadap sesuatu pelaburan sekiranya kita mengeluarkan duit daripada poket sendiri.

Melabur dalam pelaburan yang hampir dengan tempat tinggal: Lebih baik melabur di kawasan
yang kita kenal dan faham supaya urusniaga yang dijalankan lebih tersusun.

Kini, kita tidak perlu memerah otak setiap masa memikirkan tentang wang. Kita juga tidak perlu
lagi berdamping dengan lelaki kaya. Kita mampu bebas secara kewangan dengan usaha sendiri.
##########################################################

OP: Mahar Cinta Cinderella

Harga Asal: RM21.00  (sekarang potongan 50%. Anda bayar RM10.50)

Peminat Maya Iris yang belum baca buku, jangan tunggu LAGI!!!

Info Buku (sumber PTS)

Pertemuan pertama Nur Sayang dan Andrew bagaikan dongeng Cinderella. Doktor berbangsa Cina itu menyelamatkan jururawat pelatihnya dengan menggunakan sepasang kasut. Walaupun Nur Sayang berasa terhutang budi, namun dia membenci Andrew kerana sering menggelarnya 'Islam Celup'. Jiwa Nur Sayang juga tertekan apabila perkahwinannya dengan Kamil asyik tertangguh. Dia sedar dia bukanlah gadis pilihan ibu Kamil. Dia juga bimbang masa depannya dengan Kamil akan berakhir seperti nasib ibunya. Ehsan muncul dalam hidup Nur Sayang selepas Andrew gagal memurtadkannya. Dengan cinta yang sudah lama terpendam, Ehsan melamar Nur Sayang tetapi ditolak gadis itu. Ehsan kemudian membawa rajuknya ke Palestin. Lalu, Nur Sayang mengutip sisa-sisa hidupnya yang masih panjang bagi memperbaiki diri. Dia akhirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Di sana, dia terperangkap dalam Revolusi Mesir menggulingkan presiden. Adakah cinta persis dongeng Cinderella berjaya membawa kebahagian lewat jam 12 malam? Ataupun hidup ini tidak semestinya berakhir seindah sebuah dongeng?



 Kalau anda benar-benar ingin optimakan setiap ringgit yang ada, mungkin buku-buku yang di bawah menarik perhatian. Tapi ingat ya.....stok amat terhad. Jadi, jangan tunggu lama-lama. Klik saja, ikut beberapa arahan mudah dan tunggu buku pembelian anda dihantar ke rumah terus.

Buku-buku pelbagai genre dengan potongan harga 80%


OP: Jangan Biarkan Surau Ini Roboh

Harga Asal : RM17.50  
Sekarang harganya RM3.50 (anda jimat 80%)
##Kuantiti amat terhad
=================
Info Buku (sumber PTS)
Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3892-69-3
Tarikh Terbit: 19 Mar 2010
Jumlah Muka Surat :
Berat (kg): 0.40
===================
Memang sudah tidak ada lagi yang peduli terhadap surau itu.
Dibiarkan dimamah usia dan nyaris roboh.
Hanya Ibrahim seorang sahajalah yang berjuang mati-matian menghidupkannya, memakmurkannya, mencintainya sepenuh jiwa.
Bahkan melampaui kecintaannya kepada diri sendiri dan wanita yang mencintainya.
Dia berjuang keras sentiasa menghadirkan Allah di hatinya, di surau itu, di lingkungan itu.
Dan, pilihan cintanya terhadap rumah Allah menghantarnya pada kemelut yang terjal, perih, berselimut luka, berderai air mata bahkan harga diri dan jatidirinya di mata orang-orang yang berusaha merobohkannya.

===========================
OP: Adilah Cik Serba Tahu

Harga Asal: RM18.00
Sekarang : RM3.60 (jimat RM14.40 (80%)
==========
Info Buku (sumber PTS)
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.5"
ISBN-13: 978-967-401-013-3
Tarikh Terbit: 30 Sep 2014
Jumlah Muka Surat : 352
Berat (kg): 0.30
**************************
Dia punya dua identiti.

Adilah Arifin
~ Pekerja GoGo Sdn. Bhd. yang menjalani hidup biasa-biasa dan seadanya. Baginya, hidup ini umpama gula-gula, masam, manis dan kadangkala masin. Ada ruang kosong dalam hidupnya. Ruang untuk kenangan silam yang sudah dilupakan. Sekian lama, hakikat itu bukan masalah besar baginya. Bertabah, Adilah!

Cik Serba Tahu
~ Kaunselor tidak bertauliah. Tanpa berkenalan, tanpa bersua muka, dan tanpa berkawan, begitu mudah orang berkongsi masalah di Kaunter Pertanyaan Cik Serba Tahu. Sesungguhnya, Cik Serba Tahu sama sekali tidak boleh mengecewakan pembaca yang berkongsi masalah dengannya. Jangan main-main. Ada nama baik perlu dijaga. Ada reputasi perlu dipertahan! Berusaha, Cik Serba Tahu!

Siapa pula Hakim, Reen dan Afra mahupun Izham dalam hidup Adilah Arifin? Mengapa pula mereka terlebih seronok dapat bersua muka dengan Adilah. Perasaan Adilah? Kosong. Baginya mereka bukan sesiapa pun.

Nanti dahulu! Benarkah mereka bukan sesiapa? Ataupun Adilah Arifin yang terlupa? Begitukah?

Berselang dengan kesibukan menjadi Cik Serba Tahu, Adilah Arifin menjejak kisah yang terpadam daripada ingatannya.
:-)     :-)    :-)    :-)    :-)    :-)     :-)  

    SELAMAT MEMBELI DAN BERJIMAT

No comments:

Post a Comment