Salam Hormat Semua....Hari ini nak senaraikan pula novel yang ditulis oleh penulis popular Acik Lana. Setakat post ini ditulis, semuanya masih ada stok dan boleh dibeli hanya secara online di Kedai Buku dan Penulisan Kreatif Saduri.
Macam biasa, jika anda dan pernah beli buku dari Kedai Buku dan Penulisan Kreatif Saduri pasti tahu, selalu ada promosi santai menawarkan potongan harga sikit untuk pembeli yang baik hati dan loyal customers. Anda pun boleh dapat sebab anda baca blog ini. Hanya nyatakan kod rahsia ini apabila buat tempahan nanti
BKBS %
Selepas ini, jangan lupa like FB Kedai Buku Saduri dan "follow" blog Kedai Buku Saduri supaya tidak ketinggalan promosi-promosi yang santai khusus untuk anda GENERASI SUKA BACA BUKU.
Jom layan....
Info Buku (credits Goodreads)
Kerana Aku Untukmu Acik Lana
Paperback, 827 mukasurat
Terbitan Disember 2014 oleh Love Novel
RM35.00
Nak yang ni? Boleh contact saya sini
DARRIZ IMDAD... kepulangannya ke tanah air menemukannya dengan seorang wanita anggun, jelita dan cukup mempesona. Hati disentuh perasaan indah yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Perasaan indah bila jatuh cinta… buat kali pertama!
“Fakhry tu siapa Zenia? Abang you?” ~ Darriz Imdad
“No, Fakhry tu suami I.” ~ Zenia
Jiwa terhenyak pedih dengan sebuah kenyataan. Memang tidak ada manusia yang berdosa kerana jatuh cinta, tapi jatuh cinta kepada isteri orang, sudah tentu salah! Lalu perasaan cinta diusir walaupun terlalu sukar mahu menghapus bayangan Zenia daripada hidupnya. Tambahan pula kehadiran Aiman ibarat ‘tali’ yang terus mengikat mereka berdua.
ZENIA... Dua tahun perkahwinan tanpa cinta bersama Fakhry, benar-benar telah mendera jiwa Zenia. Zenia jelak dengan perangai kaki pukul dan sikap suka berfoya-foya Fakhry sehingga sanggup berzina di rumah sendiri. Akhirnya ikatan itu terlerai jua. Namun kehidupan Zenia masih tidak aman kerana Fakhry masih terus mengganggu.
Kehadiran Darriz Imdad yang lebih berani merapati membuatkan dia berasa selamat dan dilindungi. Perasaan cinta mula berbenih, hingga akhirnya mereka disatukan biarpun mendapat tentangan hebat daripada ibu Darriz Imdad sendiri. Namun ribut taufan menjengah kebahagiaan mereka. Semuanya gara-gara Fakhry. Sikap obsesi Fakhry terhadap Zenia akhirnya membawa kepada konflik yang tidak disangka-sangka. Banyak hati yang terluka!
“Have some pride Fakhry, begging someone to like you is so pathetic!” ~ Zenia
“Aku takkan mengalah, aku tetap takkan lepaskan kau macam tu aje. Kau tetap hak aku dan aku akan paksa kau untuk terima aku semula!” ~ Fakhry
Jadi di mana pengakhiran kisah cinta tiga segi ini? Darriz Imdad atau Fakhry yang berjaya memiliki seluruh diri Zenia? Dan mampukah bahagia muncul kembali setelah ada noda hitam yang terpalit?
Info Buku (credits Goodreads)
Saat Hilang Cintamu Acik Lana
Paperback, 845 mukasurat
Terbitan Ogos 2014 oleh BOOKU ENTERPRISE
RM35.00
Nak yang ni? Boleh contact saya sini
Izzara Helina – Tujuh tahun hidup di negara orang, kini dia kembali dengan semangat baru. Biarpun hati masih terluka, masih tercalar, namun Izzara tetap cuba untuk berdiri teguh di negara sendiri. Tapi malang kerana ketenangan yang dicari dirosakkan oleh pertemuan dengan seorang lelaki yang tinggal di kondo sebelah. Dan ya, ini bukan jiran mithali atau juga jiran pilihan. Jiran ini jiran hantu. Jiran yang suka membuat bising dan perasan handsome!
“Muzik you adalah muzik paling buruk, paling busuk, paling gila pernah I dengar seumur hidup I. So please stop playing that stupid guitar, I nak tidur!”~ Izzara.
Dayyan Idraqi – Sudah terbiasa hidup dalam kemahsyuran dan populariti yang tinggi menggunung, ego di dada tiba-tiba saja tercalar apabila Izzara langsung tidak mengenali siapa dirinya. Dia adalah Dayyan Idraqi, penyanyi tersohor yang sudah gah mencipta nama di beberapa negara. Mana mungkin ada perempuan di sini tidak mengenali dia! Namun demi menjaga privasi, identiti sebenar disembunyikan daripada pengetahuan Izzara. Dia kini bukan lagi Dayyan Idraqi, dia muncul sebagai lelaki biasa di mata gadis itu.
Perang dingin antara mereka berlanjutan sehinggalah pada satu peringkat hati mula saling jatuh cinta. Meluah kata sayang, melamar dan berkahwin, semua itu dilakukan penuh gaya oleh Dayyan Idraqi demi memiliki Izzara sepenuhnya. Dan menjelang malam perkahwinan, satu kemalangan tidak diduga mengubah perjalanan indah antara mereka. Izzara terluka, Dayyan Idraqi sengsara, tidak ada sesiapa yang mengecap bahagia.
Antara dua pilihan, Dayyan Idraqi memilih untuk berkorban. Tapi benarkah jalan yang dipilih ini tegak dan lurus? Jika benar mengapa hati Izzara masih terluka? Dan mengapa pula jiwa sendiri masih sakit dan menderita?
Info Buku (credits Goodreads)
Pelangi Cinta Buat Suami Acik Lana
Paperback, 840 mukasurat
Terbitan April 2013 oleh Kaki Novel Enterprise
RM30.00
Nak yang ni? Boleh contact saya sini
Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.
Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.
Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.
Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.
Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak.
Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina. Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya.
Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.
Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya.
Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?
“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”
Info Buku (credits Goodreads)
Aku Bukan Mistress Acik Lana
Paperback, 671 mukasurat
Terbitan Ogos 2011 oleh Kaki Novel Enterprise
RM22.00
Nak yang ni? Boleh contact saya sini
Dua tahun menghambakan diri di dalam penjara yg dibina oleh Mikail dgn bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yg kejam, Shamil yg menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yg sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dlm resah ada debar, dlm benci ada rindu, dalam marah ada tenang... Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorg perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impiah? Dan... cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yg sama?
Info Buku (credits Goodreads)
Maaf Jika Aku Tak Sempurna Acik Lana
Paperback, 947 mukasurat
Terbitan April 2012 oleh Kaki Novel Enterprise
RM34.00
Nak yang ni? Boleh contact saya sini
Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.
Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?
Info Buku (credits Goodreads)
Kalau Memang Harus Begitu Acik Lana
Paperback, 1031 mukasurat
Terbitan 19 Oktober 2012 oleh Kaki Novel Enterprise
RM36.00
Nak yang ni? Boleh contact saya sini
Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!
Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!
Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!
Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.
Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?
Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....
“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….
Info Buku (credits Goodreads)
Akadku Yang Terakhir Acik Lana
Paperback, 957 mukasurat
Terbitan April 2014 oleh Kaki Novel Enterprise
RM37.00
Nak yang ni? Boleh contact saya sini
Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.
Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!
Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.
Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?
“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”
Info Buku (credits Goodreads)
Chandelier Acik Lana
Paperback, 814 mukasurat
Terbitan Mei 2015 oleh Kaki Novel Enterprise
RM32.00
Nak yang ni? Boleh contact saya sini
Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.
Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.
Aneh. Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan.
“Don’t touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti.”
“Keisha....” Kaef mengeluh perlahan. Hati mula dilambung perasaan bersalah apabila memikirkan ‘hukuman’ yang diberikan kepada Keisha Edlina sepanjang hari ini. Sedangkan dia terlupa, dia juga turut bersalah. Kata orang tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, jadi adilkah dia melayan Keisha Edlina sedingin tadi? Sudah tentu tak. Tapi, ego seorang lelaki telah menyebabkan hati gadis ini terluka dan terdera sekali lagi.
“I ambil MC hari ni and please jangan cari I. I perlukan ruang untuk diri sendiri.”
“Keisha!” Sekali lagi dia memanggil, namun sedikit pun Keisha Edlina tak menoleh ke belakang. Dengusan terhela dari bibir. Tangan pula naik melurut rambut dengan perasaan serba salah.
Keisha... I’m sorry! Jerit hatinya berulang kali.
Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.
“Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian... tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.”
No comments:
Post a Comment