Thursday, 4 February 2016

Buku-buku untuk keluarga bahagia


Buku-buku untuk keluarga bahagia.
Tambah ilmu,
Tambah Bahagia.





Sekarang harga diskaun


SINOPSIS

Rumahtangga adalah satu laluan ke arah kematangan. Pada hidup berumahtangga itulah adanya segala rencah kehidupan; manis, gembira, bahagia, terasa, sedih, marah dan sebagainya. Segala mehnah dan cabaran yang dilalui akan membentuk seseorang itu menjadi manusia samada lebih baik iaitu cekal, berdikari, sabar dan matang atau sebaliknya iaitu menjadi seorang yang negatif dengan sifar pemarah, berputus asa dan pentingkan diri sendiri.Teras utama yang akan menjamin kesinambungan dan keberkatan sesebuah rumahtangga adalah paksi agama yang kukuh. Sikap yang positif dan disenangi pasangan, pasangan yang sekufu serta kewangan keluarga yang kukuh menjadi faktor penyokong untuk merealisasikan rumahtangga yang tenang dan bahagia.

Buku "Perkahwinan & Rumahtangga: Syurga yang Disegerakan" ini merupakan satu buah tangan yang cukup berharga bagi mana-mana individu atau pasangan yang bakal berumahtangga atau yang masih sendiri tetapi ingin mempersiapkan diri sebelum saat yang dinantikan itu tiba. Buku ini mengupas secara ringkas namun padat tentang tajuk-tajuk penting yang merangkumi hal-hal sebelum berumahtangga iaitu tentang memilih calon, perihal akad nikah dan majlis perkahwinan serta kehidupan setelah berumahtangga iaitu tentang adab hubungan suami isteri, menimang anak, akikah, bersunat dan tidak ketinggalan tentang merancang kehamilan anak.

Semoga buku ini menjadi rujukan yang utama kepada masyarakat di luar sana yang bercita-cita untuk membina rumahtangga yang diberkati Allah. Rumahtangga yang bahagia akan menjadi syurga dunia bagi ahlinya.


Tahniah, Anda Hamil



Harga diskaun RM69.00   RM62.10


Kelahiran Yang Dinanti, Anugerah Terindah Dari Ilahi

"Tahniah, anda hamil!" Ungkapan keramat ini pastinya membuatkan hati bakal ibu dan bakal bapa berbunga-bunga. Perasaan mengujakan pasti mengiringi sepanjang masa menanti sebuah kelahiran. Syukur ke hadrat Ilahi. Persediaan demi persediaan perlu dilakukan oleh bakal ibu dan bakal bapa demi memastikan semuanya dalam keadaan selamat.




  

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi

Sekarang harga diskaun
 RM18.00   RM16.20


Keistimewaan Buku Ini:

- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.

- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.

- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.

- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.






Sekarang ada diskaun
 RM10.00   RM9.00

Sinopsis

Saudariku! Buku ini menghimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya. 

Saudariku! Bacalah buku ini agar ianya dapat mengusir segala macam kesedihan dari dalam dirimu, bayang-bayang kedukaan, dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan dan kekhuatiran. 

Saudariku! Setelah anda selesai membaca buku ini, ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkan kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan, dan jauhlah dari keputusasaan dan kegagalan. Marilah kembali ke jalan keimanan dengan melampiaskan kerinduan kita kepada Allah dan merasa puas dengan qadha dan qadarNya. 

Pada saat itu anda dipanggil oleh penyeru keimanan: "Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana andalah wanita yang paling bahagia di dunia ini."




Hadiah Buat Anak


"Jika akademik tanda aras kejayaan, Azrai mahu ke MRSM. Azrai mahu mengikuti jejak Ayah, Azrai mahu banggakan Ayah dan Mama. Akhirnya, impian ini menjadi kenyataan.
Benarlah kata Mama, Allah S.W.T mendengar lintasan hati hamba-Nya walaupun bukan di atas tikar sejadah."
AHMAD HARIS AZRAI MUHD KAMIL
ANAK
















No comments:

Post a Comment