Promosi "Happy Weekend" hanya di Kedai Buku Saduri.
Setiap satu buku di bawah hanya RM10.00 !!!!!!!
Harga tak masuk pos ya.....
Ini buku dalam kategori penghanbisan stok, jadi sesetengah buku ni kualiti tak dapat lah 100% macam buku yang full price ya!! Jom beli sekarang, jangan sampai habis
Budak Vespa Maslina Ngadiman (harga biasa RM15.90)
Sekarang RM10.00
Sinopsis
Wan Azmi, pelajar tingkatan lima mahu menyertai kumpulan Seroja, sebuah kumpulan geng motosikal kapcai yang berlagak di sekolahnya. Bagaimanapun, dia gagal menjadi ahli kerana tidak memiliki motosikal.
Wan Azmi mahu menubuhkan kumpulannya sendiri. Dia meminta ayahnya membelikan motosikal tetapi gagal kerana alasan bagi memudahkannya ke sekolah tidak dapat diterima. Jarak antara rumah dan sekolahnya hanya 10 minit dengan berjalan kaki. Ayahnya menceritakan kesusahannya semasa muda menyebabkan Wan Azmi terpaksa menyerah kalah. Wan Azmi diberikan ladang getah untuk ditoreh dan hasilnya dibahagi dua dengan datuknya. Dia menoreh pada waktu petang dan susu getah dijadikan getah beku.
Dia dapat mengumpulkan wang dan membaiki motosikal vespanya. Dia mengecat vespanya dengan corak awan dan langit yang membiru dan meletakkan tali berumbai seperti yang biasanya ada pada handle motosikal Herley Dividson. Sekarang dia sudah bersedia mencari ahli kumpulan. Kumpulan ini dinamakan Vespa Kool. Syarat bagi menyertai kumpulannya:
1. Ada motosikal vespa.
2. Top 5 dalam peperiksaan
3. Menghormati ibu bapa.
4. Ada kerja sampingan (supaya ahli sentiasa berduit dan boleh bergaya)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak beli? PM kami di FB atau message / call 0129081772
Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib (harga biasa RM21.50)
Sekarang RM10.00
Sinopsis
Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib mengisahkan seorang putera remaja yang bercita-cita mahu menjadi chef. Seperti orang mengantuk disorong bantal apabila kedua-dua orang tuanya membenarkan dia mengembara di dunia luar bagi mendampingi rakyat jelata di sekitar bandar Merilin. Putera Fariri menyamar menjadi rakyat biasa. Pelbagai rintangan dilalui apabila Putera Fariri memohon pekerjaan sebagai chef di Restoran Mari-Mari-La. Dia terpaksa berhadapan dengan Chef Goni yang garang. Sebelum ini Tuan Goni pernah menolak sembilan puluh sembilan orang yang datang mencari pekerjaan di restorannya. Putera Fariri tidak patah semangat. Di samping itu, kehadiran tupai dan buku resipi ajaib memberikan motivasi kepadanya untuk terus berjaya sepertimana yang diimpikan.
=======================================================================
Nak beli? PM kami di FB atau message / call 0129081772
Kelab Jejaka Tampan (harga biasa RM20)
Sekarang RM10.00
Jumlah Muka Surat : 416
*************************
Sinopsis
Kisah ini berkenaan tujuh jejaka pilihan. Kata Suzana, jejaka pilihan adalah jejaka yang berkarisma, berdaya memimpin, berani dan segala yang baik-baik belaka. Jejaka pilihan ditentukan oleh jiwa, bukan oleh rupa.
Bagi Amy pula, senang sahaja – Jejaka pilihan adalah jejaka yang tampan. Jejaka yang tampan adalah Halim dan Encik Kamarul, tiada yang lain lagi.
Lalu Amy menamakan cabaran yang dibawakan oleh Lydia sebagai ‘Cabaran mencari ahli Kelab Jejaka Tampan’. Ahli-ahlinya adalah jejaka terpilih. Keahliannya tidak terbuka kepada sesiapa. Keahliannya melalui jemputan sahaja. Cuma ada satu masalah... jejaka-jejaka terpilih tidak boleh tahu mereka terpilih.
Syyhhh.... jejaka tersebut mungkin anda. Jadi, sekiranya anda ternampak seseorang cuba merakam foto anda, pura-puralah tidak nampak. Malah anda patut melakukan aktiviti anda dengan lebih bersemangat dan lebih gaya.
Yang benar,
Pengintip Bersiri
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak beli? PM kami di FB atau message / call 0129081772
Sejak Bila Kami? (harga biasa RM35.90)
Sekarang RM10.00
Jumlah Muka Surat : 560
Sinopsis
Rayyan dan Naznin sering berkelahi. Ada sahaja yang tidak kena di mata masing-masing. Ke mana sahaja mereka pergi, pasti bergaduh. Rakan-rakan sekelas dan guru-guru sekolah juga pening memikirkan karenah mereka. Namun, campur tangan kedua-dua orang tua mereka membuat mereka tergamam!
Permusuhan antara Rayyan dan Naznin semakin parah apabila orang tua mereka bercadang untuk bernikah. Di saat pernikahan orang tua mereka semakin hampir, Rayyan dan Naznin cuba menghalang pernikahan itu daripada berlaku. Namun, segala-galanya hanya sia-sia.
Rayyan dan Naznin akhirnya sah menjadi adik-beradik tiri. Mereka terpaksa tinggal serumah dan terpaksa berkongsi segalanya. Namun, permusuhan antara dua orang remaja itu seperti tidak kenal erti penghujung.
"Kau duduk di rumah ini, senang aku buat kau jadi lauk" - Naznin
Sampai bilakah permusuhan itu berterusan?
Adakah mungkin akan wujud keajaiban dalam kehidupan mereka?




No comments:
Post a Comment