Klik sini untuk ke Feedback Form / Pertanyaan
Buku pertama dari siri yoyo Liana Afiera Malik. Ceritanya berlatar-belakang tahun-tahun yang paling best dalam hidupku, circa1996. KLIA pun belum ada masa tu ehh....Flight dari London pun mendarat di Subang Airport. Remajanya jenis simple & fun & cool dan watak utama buku ni pun, Yonna & Yonni (gelaran YoYo diberi oleh Cikgu Aziz berdasarkan pangkal nama mereka) gemar luangkan masa di taman bermain skates & rollerblades.
Mereka remaja lasak, nakal, tak puas hati dengan cikgu disiplin pergi pancitkan tayar kereta dan lukis gambar Ultraman Taro kat kereta cikgu, suka main hoki, seronok bantu kutip derma bagi pihak sekolah untuk pelbagai hasrat murni membantu mastarakat, tak nak lepaskan peluang camping & ikuti jamboree ke Gunung Nuang.
Suka juga baca buku ni !!

Mencari novel Liana Afiera Malik ? Mungkin ada dijual di Kedai Buku Saduri.
Boleh juga WhatsApp 012-9081772 untuk response cepat :-)
Anda minat baca novel Melayu bertemakan cinta romantic? Ada banyak juga jual di sini. Boleh beli terus online.
Novel-novel ni sekarang sedang ada stock. Untuk semak harga, malah boleh terus jika masih ada stock, hanya klik pada tajuk buku.
Andai Itu Takdirnya Siti Rosmizah
Sinopsis
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana,
dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri
Abang Bomba I Love You Mia Kiff
SINOPSIS NOVEL
“Kau membakar jiwa ini sehinggaku mengelupur kelecuran. Ia tak pernah sembuh biar arlogi masa kian berganjak. Ke seantero dunia kucuba berlari demi memujuk hati yang degil mencintaimu. Mungkin, masih kurang rasaku mencintai dirimu, berbanding dia.”—- Lily
“Sekuntum Lily tidaklah begitu menarik kerana warnanya pudar dan tidak indah dipandang. Pandang sekali cuma, tiada lagi pandangan kedua dan seterusnya. Namun, kesucian dan ketenangan yang dirasakan ketika menyentuh auranya membuatkan ia kembali diraih oleh mata yang pernah buta menilai keindahannya.
Setangkai Mawar yang mengamit sang pencinta untuk memuja keunikannya. Mekar mewangi, berseri-seri dan memanggil-manggil jiwa yang terpukau dek keindahannya. Durinya yang berbisa, sungguh melukakan.”—- Rayqal
Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga. Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.
Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?
Awak Jealous Ye? Piqah Yusof
SinopsisHidup sebatang kara setelah menjadi anak yatim piatu membuatkan Balqis mengambil keputusan untuk tinggal bersama mak longnya yang merupakan pembantu rumah di Kuala Lumpur.
Pertemuan pertamanya dengan Faiz, anak sulung majikan mak longnya menanamkan rasa bencinya pada lelaki itu. Sikap ego, panas baran dan sombong Faiz benar-benar membuatkan dia naik menyampah dengan lelaki itu, tetapi sedaya upaya dia bersabar kerana mahu menjaga air muka mak longnya.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila dia terbuang kertas kerja Faiz ketika mengemas bilik bacaan lelaki itu. Dari situ bermulalah pelbagai insiden yang benar-benar menguji kesabarannya.
Faiz, lelaki yang tak pernah percaya pada cinta. Cinta sejati tak pernah muncul dalam kamus hidupnya kerana pangkat, wang, rupa dan kedudukannya menjadi sumpahan untuk dia kenal erti keikhlasan dalam perhubungan. Dia dahagakan cinta sejati. Munculnya Balqis melahirkan satu perasaan aneh dalam hidupnya. Untuk menghilangkan perasaan itu, dia ‘menyeksa’ Balqis. Sikap Balqis yang kelam-kabut, naif dan baik hati itu membuatkan dia semakin seronok mengenakan gadis yang secara diamdiam telah mencuri hatinya.
Luqman, adik kepada Faiz. Karakternya jauh berbeza daripada Faiz membuatkan Balqis senang berada bersamanya. Ditambah pula mereka berkongsi hobi yang sama. Perlahan-lahan Luqman rasakan keserasian lantas cintanya dihulurkan pada gadis idamannya itu.
Antara Faiz dan Luqman. Siapakah yang berjaya menakluki hati Balqis?
“Satu hari aku sedar, aku tersenyum tanpa sebab. Kemudian… barulah aku faham. Kau penyebabnya.”
Novel yang anda cari mungkin ada dijual di Kedai Buku Saduri.
Boleh juga WhatsApp 012-9081772 untuk response cepat :-)
No comments:
Post a Comment