Laksamana Cheng Ho
RM24.00
Sudah menjadi asas kepercayaan para ahli sejarah barat bahawa Columbus adalah orang yang pertama menemui Amerika. Apabila teori Gavin Menzies tersebar, maka tercetuslah polemik di kalangan cerdik pandai dan seluruh masyarakat dunia. Beliau menerima beribu-ribu surat dan beratus ribu e-mel yang memberikan pelbagai maklumat dan bukti bagi menyokong teori Gavin Menzies.
Namun tidak kurang juga yang membantah. Apa pun, melalui surat dan e-mel itu beliau telah mendapat banyak maklumat baru bagi menguatkan hujah beliau. Maklumat itu telah mendorong beliau menulis buah buku kontroversi, 1421: The Year China Discovered the World. Lebih kurang 600 tahun sebelum ucapan Gavin Menzies itu, iaitu pada tahun 1381 seorang budak berumur 11 tahun telah ditawan oleh tentera China Dinasti Ming yang menyerang wilayah Yunnan.
No comments:
Post a Comment