MEMORI RINDU
RM 30
Menyayangi dirimu... luka hatiku kembali bernanah lalu menjadi barah yang tidak akan sembuh sampai bila-bila. Memiliki dirimu... bagai ada jurang dalam hati yang tidak mampu aku turuni, namun terasa hampir... jua jelas di pandangan mata. Tetapi mengapa tidak bisaku gapai... menyentuhnya jauh sekali. Malisa memang aku sayangi sepenuh hati. Menyatakannya sahaja aku tak mampu. Berterus terang... bagai ada suara-suara sumbang melarang untuk kita bersama. Sudahnya aku kehilanganmu. Sudahnya aku nanar kerana merinduimu. Abang tahu, Malaisa jemu menunggu. Abang jua tahu, Mlaisa letih menanggung rindu. Namun mengapa ya... abang masih jua tak mampu bersuara. Apa yang menghalang cinta kita sebenarnya?
No comments:
Post a Comment