Mr Hot Guy
RM 27.00
Luqman Hakimi memberhentikan Mercedes SLK rona silver betul-betul di depan lampu isyarat yang sudah bertukar warna kepada merah itu. Nasib baik dia tidak tersasar brek mengejut. Kalau tidak, pasti dia mendapat kompaun RM300 kerana melanggar lampu isyarat. Ada 30 saat lagi dia perlu menanti sehingga lampu isyarat itu bertukar semula ke warna hijau.
Pandangan matanya dihala ke arah beberapa orang menyeberangi jalan menggunakan lintasan kuda belang di depannya itu. Dalam ramai orang yang lalu lalang itu matanya tertancap pada gadis comel yang memimpin seorang pejalan kaki memegang tongkat putih. Pasti pejalan kaki itu seorang OKU penglihatan.
No comments:
Post a Comment