Thursday, 18 August 2016




My Love Bodyguard

RM 28.00

“Ya, Abang suka bila tengok wajah sayang macam ni, wajah yang akan memerah bila dia malu.” Akim terus berkata-kata dalam nada rendah, dan aku rasa dia perlu tahu, semakin perlahan suara dia maka semakin kuatlah rasa aku hendak terpitam. Aku ingin menjawab, namun lidah ku kelu dan aku rasa muka ku telah berbahang kepanasan. Sekali lagi Akim bawa tangan ku ke bibirnya, hangat bila bibirnya mengucup tangan ku.

“Lia sayang abang?” Aku tidak tahu hendak jawab apa, rasanya aku hendak balik ke kampung sekarang juga dan aku sudah tidak peduli kalau Akim hendak merapu apa lagi. Daripada aku mati syahid sakit jantung di rumah ini, lebih baik aku pulang sahaja. Demi kasihnya, aku syukuri takdirMu.”' Lukhman Hakimi



No comments:

Post a Comment