Terima Kasih Beb...
special edition
RM 30.00
“Ya Datin, boleh saya bantu?” sapa Luqman sebaik sahaja dia tiba di situ. Datin-Datin itu tersenyum dan berpandangan sesama sendiri.
“Wow... tak sangka chef di kafe ni sangat kacak!” ujar salah seorang daripada mereka yang lebih muda. Luqman mengerling kepada Amy yang sudah menarik muka masam.
“Terima kasih Datin. Saya biasa saja. Taklah kacak, cuma manis tu ada.” Luqman memberikan senyum yang paling manis kepada kumpulan wanita itu.
“You nampak tak lesung pipit dia? I geram betul! Rasa macam nak gigit-gigit.” Ujar Datin yang berpunggung lebar itu dengan menggedik. Telinga Amy seperti nak terbakar dibuatnya.
“Nama you apa ya?” soal mereka lagi.
“Saya, Luqman.” Luqman masih tersenyum. Sengaja mahu melihat reaksi Amy.
“Hmmm... kalau begitu,I panggil you Luq. Boleh?”
No comments:
Post a Comment