Pasungan
RM22.00
Pasungan berkisar tentang kepercayaan dan amalan menghalau hantu jembalang (merico) yang diamalkan di Sarawak. Das, graduan lepasan universiti luar negara, memandang rendah akan amalan khurafat ini walaupun dia sendiri sebenarnya memiliki kekuatan batin dan bakal mewarisi ilmu perubatan ghaib daripada bapa saudaranya. Setelah mengalami pelbagai kejadian aneh dan memasuki alam ghaib, Das telah didatangi oleh Sunti, makhluk halus yang jatuh cinta kepadanya. Das menolak cinta Sunti demi kasihnya pada Nasuhah dan ini menyebabkan Sunti mendendaminya. Das dan Nasuhah terpasung oleh merico yang didalangi oleh Sunti. Dapatkah mereka dilepaskan daripada rasukan Sunti?
No comments:
Post a Comment