Aku, Dia & Glamor
RM 15 termasuk pos. di semenanjung.....
Cuti kali ini memang dinantikan. Cuti kali ini memang ditunggu-tunggu. Zaza dan teman-teman menyangka dia akan menjalani latihan amali sebagai guru pada cuti semestar kali ini. Namun sepucuk surat memberi seribu kejutan buat mereka. Zaza, Puteri Rania, Insyirah dan Khadijah tiba-tiba sahaja ditawarkan menjadi wartawan penyiaran di TV10! Zaza baru sahaja berangan-angan mahu menempah 10 pasang baju kurung untuk dipakai semasa mengajar di sekolah! Tetapi kini dia bakal ke stesyen TV10. Aduh... bukankah itu tempat orang yang glamor-glamor sahaja? Zaza menjadi tidak keruan.
Kemarahan Asyikin dan Maliz pula bagai gunung berapi mahu meletup. Mereka hanya ditawarkan menjadi petugas di Radio 10. Oh, mengapa mesti di radio sahaja! Mengapa Zaza pula harus dipilih ke TV10? Zaza bukan pandai melaram. Zaza bukan tahu berpakaian glamor! Sudahlah bersaiz XL, entah-entah penuh skrin TV10 kalau mahu tayang muka Zaza.
No comments:
Post a Comment