CALON PENGANTIN UNTUK DIPILIH
RM 35 termasuk pos (semenanjung)
“Lil, kau tahu tak kat mana nak cari perempuan serba sempurna yang menepati piawaian aku?” – Carl
“Tahu.” - Akalil
“Kat mana?” - Carl
“Dekat dalam mimpi!” - Akalil
Benarkah perempuan serba sempurna itu hanya wujud di dalam mimpi? Carl tidak percaya malah dia yakin yang cik serba sempurna itu benar-benar wujud dan dia akan meminang gadis tersebut sebaik mereka bertemu. Tetapi bila dia bertemu dengan Rara, hidupnya yang bagai berada di alam fantasi mula huru hara. Mimpi indah serta lenanya yang panjang terganggu gugat hanya kerana seorang Rara!
“Ceritakan pada aku siapa kau yang sebenarnya. Kenapa kau ekori aku selama beberapa minggu ni dan apa yang kau mahukan daripada aku?” – Carl
“Sia-sia saja kau buat macam ni. Kau tak akan dapat jawapan apa-apa pun daripada aku. Lepaskan aku. Itu saja yang kau perlu buat.” - Rara
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Rahsia yang selama ini disorokkan oleh Rara pecah. Kerana sebuah janji, Rara terjerat dalam permainan yang dicipta oleh Carl. Kerana sebuah budi, dia terperangkap dalam kemahuan gila Carl.

No comments:
Post a Comment