LELAKI PENUH MISTERI
RM 26.00..tidak termasuk pos
RASA diekori!
Mata bundar Fadhia dah melilau liar. Keluar restoren tadi baik-baik saja. Tapi selepas singgah ke beberapa buah butik, dia mula rasa tak sedap hati.
Terasa diawasi... diekori. Puas diperhatikan keadaan keliling namun, tidak pula nampak apa-apa yang mencurigakan.
Kenapa tiba-tiba paranoid ni? Bisik hati Fadhia cuak. Mata bundarnya masih seperti tadi.
Mmm... tak kan kerana insiden di restoren tadi terus jiwa dia jadi kacau... Pshyco? Choiii, Otak! Fikir yang bukan-bukan pula kau, Dhia! Karang terbuka langit ke-tujuh, merasa kau duduk Rumah Bahagia dengan jiwa tak bahagia!
Dan kalau mainan perasaan semata-mata, mengapaterasa I've got butterflies in my stomach? Bergelogak lain macam. Biasanya naluri dia tak kan silap. Terpesong sedikit tu biasalah.
Yalah, dia bukan keturunan Nujum Pak Belalang pun. Tengok air dalam mangkuk terus sahaja boleh nampak segala flashback.
Entah-entah bukan orang yang tengah mengekori dia. Dan agak-agaknya apa? Hantu, eh?
No comments:
Post a Comment