Thursday, 15 December 2016

Kerana Dia, Ratu Sehari



Kerana Dia, Ratu Sehari

RM 38.00- tidak termasuk pos

Antologi cerpen Kerana Dia, Ratu Sehari menampilkan pelbagai jenis kisah yang menarik berkisahkan tentang kehidupan suka duka yang dilalui oleh watak-watak yang disampaikan oleh setiap penulis.

Dari mana datangnya cinta?

Kerana Dia, Ratu Sehari
 - ceritanya seindah judulnya. Cinta itu bagai kupu-kupu, kan? Kalau dikejar ia terbang lari menjauh. Namun kalau tidak dihiraukan, ia senang-senang saja bertenggek di atas bahu. Begitulah cinta! Kadang-kadang kalau sudah terpahat dalam hati, sukar pula untuk diusir pergi. Cinta sejati, adalah cinta yang kukuh tersemat sepanjang zaman. Kisah cinta tak pernah serupa tapi bermulanya tetap sema - dari mata turun ke hati.

Kait-berkait akar beringin,
Di situlah banyak ular melata;
Nak kupesan pada angin,
Sayangnya angin tak tahu berkata.


Ada yang berkata untuk rindu ini, jika sayapnya tidak dapat terbang jauh. Jadi marilah terbang jauh dengan 'mendengar' 40 cerpen yang manis, oleh penulisnya yang manis-manis, tentunya.

'Saksilah' bagaimana 37 penulis Antologi Cerpen Adiwarna mengungkap fasal cinta dan kasih sayang; mengenal bahagia dan duka lara; tentang indahnya menyimpan rasa! Banyak yang lucu-lucu, banyak yang indah-indah - sehingga yang membacanya jadi iri dan cemburu pada kisah cinta mereka. Dan... ramai pula yang bertanya, "Begitukah jadinya kalau hati sudah dicuri?" Jawapan saya; "Tanya pada penulisnya!"

Kerana Dia, Ratu Sehari hanyalah kisah orang-orang kecil tetap di dalamnya terakam 'petua hati' sebagai teladan.
- Noor Suraya
 


No automatic alt text available.

No comments:

Post a Comment