Aku Tetap Setia
RM 23.00..tidak termasuk pos
“DAH cepat, nanti lambat. Pak Cik Amin dah tunggu tu.” Ku Airiel, Ku Aidil dan Ku
Amna yang masih menghadap makanan masing-masing dipandang kemudian kepala ditolehkan memandang suami yang sedang leka membaca akhbar di sebelahnya.
“Abang nak air lagi?” Lembut Dania bertanya.
Piring cawan yang sudah licin airnya ditolakkan ke tengah sedikit.
Ku Ariff menoleh. Akhbar dijatuhkan sedikit
kemudian kepala digeleng. “Cukup dah. Thank you,” balasnya sambil tersenyum. Akhbar di tangan dilipat dan diletakkan ke atas meja. Pandangan terus dibuangkan ke arah
anak-anak yang sedang tergesa-gesa bangun dari tempat duduk masing-masing. Begitulah rutinnya saban hari dan demi Tuhan, ia sangat membahagiakan. Dapat melihat anak-anak membesar di hadapan mata, sangat besar rahmatnya.
“Kami pergi dulu, pa.” Ku Airiel bersuara sebaik
papanya dihampiri. Tangan dihulurkan dan tangan papanya dikucup. Ku Aidil dan Ku Amna mengekor dan melakukan perkara yang sama.
Ku Ariff mengangguk sahaja. Dahi Ku Aidil dan Ku Amna dikucup. Ku Airiel sejak berumur lima belas tahun sudah tidak mahu dipeluk dan dicium lagi. Mungkin kerana usianya yang sudah menginjak dewasa, dia malu diperlakukan begitu. Sebagai lelaki dia faham dan sangat mengerti akan perubahan tersebut.

No comments:
Post a Comment