Bahagia Yang Jauh
RM 27.00...tidak termasuk pos
PANG! Laju tangan yang gempal itu melayang hinggap ke pipi. Tak diduga walaupun ini bukan
kali pertama dia pernah kena. Langsung tak sempat dielak. Berdesing telinga dan pipi terasa pijar.
“Tak pernah berlaku dalam keluarga aku,
ditalakkan dengan talak 3 sekali gus! Kau ni betul-betul tak berguna. Dari kecil sampai ke besar tak habis-habis menconteng arang ke muka aku ni. Kecik-kecik dahulu dengan otak bebal kau, ni bila dah besar dan berkahwin kemudian diceraikan pula!” Jari menunjal geram wajah di
hadapannya itu. Panas hati, panas juga badannya. Ikutkan hati, mahu sahaja diganyang sepuas hati tubuh yang sedang menunduk sambil sebelah tangan menggosok pipi yang merah kesan tamparan tadi.
Bergegas dia pulang dari bercuti sebaik saja
dikhabarkan oleh Zya. Tambah marah sebab dia hanya dimaklumkan oleh Zya selepas beberapa hari. Sepanjang berada dalam penerbangan, marah dia membuak-buak dan sangat sukar ditahan. Beberapa kali jugalah pramugari menjadi mangsa dia melepaskan marah bila makanan dan
hidangan langsung tak menepati cita rasa kononnya.
“Maafkan Vee, mama. Ampunkan Vee...”
“Sudah, berambus! Angkut semua kain baju kau.
Aku tak mahu tengok muka kau lagi! Tak habis-habis bawa sial.” Dia menghalau. Sungguh, diri tak sudi menerima panggilan yang keluar dari mulut itu. Jijik!
No comments:
Post a Comment