Komik-M: Kartini Kembali
RM 25 termasuk pos
Kartini Kembali menceritakan dua perbezaan. Bahagian pertamanya adalah sebahagian (akan datang lagi) daripada kehidupan aku sekitar 1998. Bahagian kedua, 1986, aku form 2. Muzik rock menguasai jiwa pada masa itu. Kami memberontak untuk sesuatu yang tidak pasti apa.
1997. Setelah membiarkan satu idea berkembang bersama kehidupan, aku menyiapkan satu karya yang secara tidak langsung adalah kisah sama yang dilalui oleh setiap orang waras.
Ia berkisar tentang gadis impian yang dikejar oleh jejaka yang bukan idaman dan apa yang berlaku adalah kehidupan.
Dalam kehidupan kita ditemukan dengan pelbagai watak yang menghiasi lakon layar hidup kita yang secara terus memberi kesan kepada emosi dan menambah makna untuk kita dalam memikirkan fungsi kita terhadap alam semesta ini.
Aku dirahmati dengan berbagai-bagai ragam manusia di sekelilingku. Ia berkembang dari satu kelompok kepada yang lain. Apa yang membezakannya adalah tempat dan masa. Dan juga kematangan.
Kartini Kembali menceritakan dua perbezaan. Bahagian pertamanya adalah sebahagian (akan datang lagi) daripada kehidupan aku sekitar 1998. Ia adalah zaman perubahan aku dari seorang remaja yang mencari arah kepada seorang dewasa yang masih mencari arah. Apa yang banyak dilakukan adalah untuk mempersoalkan, “Adakah apa yang aku buat dulu menghasilkan apa yang terjadi padaku sekarang?” Dalam erti kata lain ia satu tempoh hidup yang sentimental dan nostalgik.

No comments:
Post a Comment