Friday, 27 January 2017

MR KILLER SMILE





MR KILLER SMILE

RM 30.00- tak masuk pos

Antara keikhlasan, kebenaran, dendam, air mata dan cinta.
Mampukah keikhlasan memadamkan dendam?
Mampukah kebenaran menghapuskan air mata?
Mampukah cinta mengatasi segala-galanya?

“Ini adalah permulaan bagi satu permainan. Namun yang pasti, akulah pemenangnya. Tiada tempat kedua kerana semua berada di tempat terakhir.” - Iskandar.

Antara ego, dendam dan cinta, tegakah Iskandar menyakiti Auni dan meletakkan gadis itu sebagai taruhannya?

“Biarkan rasa sedih itu seperti air, mengalir terus ke lautan. Biarkan seperti angin, bertiup hinggap ke pergunungan. Biarkan seperti debu, melayang jauh menghilang di dataran.” - Auni.

Sedih dan kecewa membuatkan jiwa Auni menjadi keras. Bukan mudah menjalani kehidupan sebatang kara di dunia ini. Dibuang keluarga bukan pengakhiran hidupnya. Tapi, permulaan kepada semua kisah suka dan duka. Walaupun dia berusaha mencari bahagia, namun duka terus mengekori jalanan hidupnya.

“Sukarnya memiliki hatimu seperti sukarnya menemui mutiara yang duduknya di dasar lautan, Auni!” - Hanif.

Image may contain: one or more people

No comments:

Post a Comment