Tak ramai dikalangan peminat buku yang tidak tahu atau tak pernah dengar mengenai Big Bad Wolf sale. Yang masih ramai mungkin peminat buku yang "teringin sangat" pergi ke Big Bad Wolf sale tapi tak dapat" dek kerana pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan. Contohnya anda tinggal jauh dari lokasi sale. Kalau kami yang tinggal sekitar Lembah Kelang atau Bandar seperti Pulau Pinang, Ipoh dan JB, rasanya tak ada masaalah. Team BBW sering bawa sale mereka ke sana. Tetapi, jika anda tinggal di Kota Baharu, Kuala Terenggganu, Sibu, Miri, KK, Alor Setar, Kangar dll, saya tak fikir anda ada banyak peluang join the BBW crowd. Mungkin dan kita harap keadaan ini berubah tak lama lagi. Namun, buat masa ini, anda mungkin terpaksa menahan perasaan :-(
Jualan Big Bad Wolf Book bermula pada tahun 2009 di Dataran Hamodal sebagai jualan gudang dengan berbekalkan buku-buku dari kedai buku BookXcess. Buku dari pelbagai genre ditawarkan pada harga yang memang gila-gila murah. Penggemar buku pasti tidak akan melepaskan peluang berkampung di mana-mana lokasi BBW.
Saya ingat lagi masa BBW di Mines Resort City 5-16 Disember 2014 BBW 24-hour sale. Kami beberapa kali berulang alik ke sana. Mula-mula terfikir nak ambil bilik di Mines Resort untuk mudahkan kami sekeluarga hanya berjalan ke lokasi sale bila-bila masa dan terutamanya pada waktu yang orang agak kurang sikit iaitu awal pagi atau selepas tengah malam. Maklumlah bilangan orang yang berpusu-pusu ke BBW ni memang agak memeningkan tak kira waktu. Buku yang dijual pula ada berpuluh ribu....jadi kalau nak cari buku yang specific memang sure kena spend beberapa jam. Ada juga kalanya tempat beratur ke kaunter bayaran pun panjang berjela. Tunggu lagi.
Beberapa kali kami tengok pukul family dengan baby dalam pram and anak-anak kecil pegang kiri kanan masih lepak sana jam 11pm. Laahai, kesian juga tengok anak-anak tu kan? Sebab tu kami fikir nak provide kemudahan untuk anak-anak kami berjalan ke lokasi mungin sebelah awal pagi. Tapi fikir balik, tak perlulah, baik duit untuk bayar bilik hotel tu diguna untuk borong buku. Memang awesome giler.
Setiap buku di BBW sale diberi diskaun dari 75% hingga 95% daripada harga runcit. Siapa tak terkaget? ;-) Tahniah diucapkan kepada team BBW ni kerana inisiatif sebeginni pastinya membantu meningkatkan bilangan buku yang dibaca orang kita. InsyaAllah statistik buku yang dibeli dan dibaca oleh rakyat Malaysia akan lebih menggembirakan. BTW, saya sedang dalam usaha mencari maklumat atau data "Profail Membaca Rakyat Malaysia terkini". Siapa yang tahu mana boleh dapat, tolong share ya! Terima kasih.
BBW membantu beribu-ribu rakyat Malaysia setiap tahun menemui kegembiraan dan kepuasan apabila buku idaman dapat dimiliki pada harga yang amat murah dan berpatutan. Harga buku dan novel termasuk karya anak Malaysia sendiri dan bakat muda yang dipromosikan dengan baik dan dibawa pada harga rendah juga dapat menyokong industry kreatif Negara kita. Lebih banyak pelanggan yang membeli buku-buka tulisan penulis muda atau bakat terpendam Malaysia, lebih galak mereka akan menulis dan terus menulis malah boleh juga mencuba genre baru yang dahulunya orang bimbang nak menulis atau terbutkan sebab bimbang tak terjual. Effect ni memang TERBAEK!!
Jualan Big Bad Wolf Seremban kini sedang berlangsung di Pasaraya Rapid Exhibition Hall, Seremban; dari jam 10pagi hingga 10malam. Kami sekeluarga pun pasti akan ke sana seperti biasa. Perancangannya bermula esok, sekurang-kurangnya 4 jam sehari hingga last day 1 September. Kebetulan majikan saya beri cuti hari tu HOOORAAYYYY
Okay....untuk gang yang berada jauh dan tidak berkesempatan untuk kunjungi sale BBW Seremban 2015, saya ada cadangan. Apa kata anda search saja judul buku yang anda nak beli dari FB BBW dan harganya sekali. Selepas tu, anda PM saya. Alang-alang saya akan ke sana, saya boleh belikan dan akan hantar kepada anda. Anda cuma perlu bayar RM2 sebuah buku sebagai "upah untuk masa yang kami gunakan untuk mencari buku dan beratur nak bayar) DAN harga pengeposan saja. Resit bayaran pos tu nanti saya kepilkan sekali dalam package. Kalau anda berada di kawasan Nilai N9, boleh collect buku dari kedai kami di Desa Jasmin Avenue. Tiada charge lain selain upah RM2 sebuah buku. Kami berharap cara ini dapat membantu anda yang memang tiada masa atau tiada peluang untuk mengunjungi BBW sale dan mendapatkan buku-buku yang dah lama anda idamkan pada harga diskaun hingga 90%. Perkhidmatan ini baru saja kami mulakan. Harap dapat memberi manfaat. Amacam...okay tak? Anda tentukan.
No comments:
Post a Comment