Saturday, 3 October 2015

Robin Williams, perginya seorang aktor komedi yang sedih


Bagi anda yang gemar filem-filem komidi, agak tidak mungkin jika tidak kenal Robin Williams. Nama penuh beliau Robin McLaurin Williams, lahir 21 Julai 1951 dan meninggal dunia dengan mengantung dirinya sendiri menggunakan tali pinggand di rumahnya  Tiburan, California pada 11 Ogos 2014. Sedih juga mendengar berita yang sebegini kan?

Saya bukanlah begitu minat menonton filem komedi. Genre filem yang saya lebih minat ialah yang berunsur drama, thriller, dan yang paling saya minat, drama yang memeningkan kepala. Saya sukakan cerita yang menimbulkan emosi. Walaupun begitu, filem-filem lakonan Robin Williams yang saya ingat telah tonton dari awal sampai habis dan masih ingat jalan ceritanya ialah Hook, Jumanji dan Night at the Museum. Filem-filem popular beliau yang lain yang bukan dalam genre komedi seperti Good Morning Vietnam, Dead Poet Society dan Good Will Hunting juga saya pernah tonton, tapi tidak berapa ingat jalan ceritanya. Satu filem komedi yang saya agak enjoy ialah Mrs. Doubtfire (1993). Yang ini saya masih boleh ingat mimik muka beliau yang dimekapkan untuk menjadi seorang wanita. Sentiasa nampak tersenyum riang. In fact, bila sebut saja Robin Williams, saya rasa kebanyakan kita akan terbayangkan seorang aktor yang sentiasa tersenyum.

 


http://bukupenulisankreatifsaduri.blogspot.my/

Siapa sangka aktor seperti Robin Williams akan memilih cara yang begitu menyedihkan untuk menamatkan penderitaan beliau. Betul ke beliau bunuh diri? Ada yang kata ia mungkin disebabkan beliau mengalami halusinasi akibat penyakit dementia iaitu suatu keadaan di mana kemampuan otak termasuk daya ingatan seseorang mengalami kemerosotan dek kerana kematian sel-sel otak secara abnormal. Ada juga yang kata Robin Williams bunuh diri kerana masaalah "chronic depression" iaitu kemurungan yang melampau. Entahlah, memang itu yang dilaporkan. Tapi anda tahulah, dunia Hollywood di papan layar dan realitinya memang susah nak dikategorikan sebagai "black or white". Selalu ada "grey factor".

Apa pun, diharapkan pembaca blog ini jangan ada yang mengalami masaalah kemurungan. Kalau ada yang telah mula mengalami tanda-tanda kesedihan yang diluar kawalan dan kemurungan yang berpanjangan, tolonglah dapatkan bantuan. Apatah lagi kita mesti tahu hukum bunuh diri? Dalam islam, jika ia jelas bunuh diri, maka ia telah terjerumus dalam dosa besar. Jika anda orang Islam, banyakkan beristighfar dan cuba tenangkan perasaan dengan sentiasa berdoa serta berzikir untuk mendekatkan diri dengan Allah swt.

Saya pasti, mudah untuk saya naka menulis sedangkan mereka yang sedang dalam kesedihan dan kemurungan menderita dan kadang kala rasa nak "give up" meneruskan hidup yang begitu banyak liku-liku dan cabaran yang di luar kemampuan untuk menahannya. Walaupun begitu, saya amat berharap kita akan cari jalan tenangkan hati dan perasaan. Apabila kita ikutkan perasaan, syaitan akan mengambil kesempatan memesongkan kita ke jalan yang gelap serta menuju ke gerbang dosa besar. Jauhkanlah ya. Kalau perlukan bantuan, saya ingin sangat membantu apa cara pun yang saya mampu.

Mungkin anda jenis yang gemar menyendiri sambil membaca buku? Saya juga bersifat begini. Jadi apa kata dapatkan buku atau bahan bacaan yang mungkin mampu membantu kita memahami mengenai kematian atau mampu menambah pengetahuan kita mengenai kehidupan atau membuka hati kita supaya lebih memahami erti kehidupan sebagai seorang yang beriman dan menjalani hidup di jalan yang benar sehingga sampai ajal kita menurut ketentuan Allah swt.


Semenanjung RM 25.00     promosi hingga habis stok RM 14.00
Sabah/Sarawak: RM 28.00    RM17.00



Cerita-cerita dalam buku Ahli Sihir ke Tali Gantung mungkin menarik minat anda. Beberapa kes bunuh telah diterangkan dalam buku ini. Begitu banyak kes, namun belum ada yang terbukti. Manusia yang telah termasuk perangkap syaitan sehingga sanggup membunuh kejam mangsanya. Mereka ditangkap dan dihukum, namun bukan kerana sihir. Mereka dihukum kerana apa yang yang nampak, bukan kerana niat yang tersembunyi. Ahli-ahli sihir ini dihukum kerana topeng pembunuh yang mereka pakai. Maka terlepaslah ahli-ahli yang lainnya, ketawa kegirangan.


KUANTUM DOA oleh H. Syukriadi Sambas, Tata Sukayat
RM 20.00  RM18.00  (termasuk penghantaran)
Sabah/Sarawak: RM 23.00  RM21.00


Kita tidak mahu menjadi seorang yang zalim terhadap diri kita atau keluarga kan?  Mari dekatkan diri dengan Allah. Mari mencari keredhaan Allah swt. Terlalu ramai lagi orang yang jauh lebih menderita atau tidak bernasib baik berbanding kita .......

Jika hati tidak tenang, mintalah ketenangan dari Allah.
Apabila terasa seperti sesak atau kusut dengan pelbagai kesusahan, mintalah pedoman dari Allah.

 Mari kita jalani hidup sihat untuk membahagiakan insan yang kita sayangi. Marilah kita mencari mati yang baik khusnul khathimah,

Rasulullah Is My Doctor oleh Jerry D. Gray
Semenanjung RM 25.00    RM 20.00
Sabah/Sarawak: RM 27.00  RM22.00



No comments:

Post a Comment