Thursday, 19 November 2015

Beli belah buku banyak banyak harga diskaun

Anda suka baca buku atau suka beli buku? Anda suka tengok ada banyak buku di rak buku di rumah? Anda suka tengok anak anda yang gemar baca buku? Jangan lepaskan peluang beli buku dengan harga DISKAUN. Tak perlu fikir nak pergi ke dewan mana-mana atau fikir pasal parking jauh atau bimbang sesat, bimbang hujan nanti bila anda hanya free untuk pergi sebelah petang. Beli saja secara online....KLIK KLIK KLIK....tunggu buku dihantar ke rumah. Bukan lama pun, paling-paling 3 hari. Jom shopping buku. Anda pernah tak dengar buku-buku mistik terbitan Buku Hitam Press? Tak pernah? Cuba google tengok. Kalau anda gemar baca buku mistik, buku seram, buku yang tak ada unsur cinta dan yang sewaktu dengannya, buku-buku terbitan Buku Hitam Press memang sesuai untuk dicuba. Sekarang anda boleh dapat potongan 10% ....bukan mudah nak dapat potongan untuk buku-buku yang berstatus "boutique" macam ni ya! Minat tak?


Nak tahu tajuk-tajuk buku yang ada? - Dunia Tanpa Tuhan - Enam Kaki Dalam - Antara Dua Sangkakala - Nyawa Tanpa Bayang - Suara Dari Langit AMACAM? Ada bran?

KLIK SINI untuk beli sekarang


Nak tengok lagi ? OK. Kali ini saya bagi gambar dan sinopsis sikit

 

SINOPSIS “Kaum lelaki semuanya berserban, berkopiah dan segak memakai jubah. Mana perginya baju kemeja pejabat dan suit yang kerap menghiasi diri? Mana perginya beg-bimbit yang selalu dibawa kesana kemari, dan mengapa hanya buku agama yang dibawa bersama?” “Jangan salahkan iblis atau syaitan kalau diri sendiri yang tak mahu ubah perangai bangkai yang ada dalam diri. Ada akal, guna. Pilih.” “Sekadar pakaian umpama tiada dosa, perangai bagai tiada pahala.” “Usah bertanya mana Tuhanmu jika dalam hati bertuhankan nafsu. Manusia kembara di bumi luas, mana pergi tetap buas, melangkah mana tak pernah puas.” “Kalau tak ada orang macam kita ini, bersepah-sepahlah perempuan kena rogol sana-sini. Berpuluh-puluh bayi kena buang setiap bulan. Bangga sikit dengan kerja kita ni!”



SINOPSIS

“Antara syaitan dengan manusia yang tidak menjalankan tanggungjawab ke atas dirinya sebagai seorang khalifah, mana yang lebih hina?” 

“Mungkin itu petanda bahawa Sang Bumisakti sudah hampir dengan kebangkitan, memulakan perjalanannya, membawa fitnah-fitnah dunia, memesongkan hati manusia yang bertuhankan Yang Satu.” 

“Apa kau suka digelar anak iblis? Ikan bilis juga jikalau ditukar susunannya menjadi iblis, pasti ikan tidak suka. Itu ikan. Kau yang berakal?” 

“Inilah tempat yang bakal menjadi saksi kami, mencampak kami ke dalam neraka, yang mana kami takkan mati di dalamnya. Hidup untuk kekal merasa peritnya siksa, akibat menghambakan diri pada fitnah dunia.” 

“Sampai bila kaum wanita hendak bertahan dan sanggup mengikut setiap tuding jari yang kaum laki-laki tunjukkan?” 

“Hati kecil aku sebenarnya ketawa, kerana mudahnya manusia terpesong. Yang memang tidak beriman, aku tidak kisah. Yang bodohnya mereka yang kononnya beriman kepada Allah, Islam, Solat, Zakat, Puasa, Haji. Semua dibuat.”



 

SINOPSIS 
“Apabila hidup sudah terlalu aman, maka otak akan dipenuhi pemikiran demi pemikiran yang dangkal rasionalnya.” “Tuhan tak perlukan manusia untuk memadamkan kemungkaran di muka bumi.” “Siapa perlukan agama, bila yang memperjuangkan agama itu hanya retorik semata-mata?” “Dunia yang dihuni manusia itu sudah tiada erti kemanusiaan.” “Dunia masih indah, dan punya banyak misteri yang boleh diterokai, dan jauh lebih bermakna jika dibandingkan dengan merenung dunia melalui skrin monitor kerdil.” “Anda berada di negara dunia ke-3 di mana pihak berkuasa yang terlibat dengan sistem adalah golongan yang tidak kreatif dan konservatif.” “Kami hanya objek laksana lampin-pakai-buang – apabila rosak – sewajarnya kewujudan kami ditamatkan.”

  BELI BUKU HITAM PRESS SINI



No comments:

Post a Comment