Sunday, 8 November 2015

Generasi suka membaca buku

Sekarang ni ramai ibu bapa yang mengeluh anak-anak tidak suka membaca buku. Mereka hanya suka tengok tv, main game di i-pad atau tablet, chatting bersama kawan-kawan di whatsapp, post macam-macam di instagram, telegram, macam-macam lagi.  Anak-anak yang berumur 5 tahun pun dah kita bagi main i-pad, pasti mereka tertarik dengan gambar yang bergerak dan berwarna-warni. Memang mereka akan cepat "hooked". Anak gadis yang baru darjah 5 pula kita belikan smartphone. Pasti lah mereka laju belajar macam-macam application yang membolehkan mereka nampak "cool" di kalangan kawan-kawan. Anak kita yang bujang pula macam mana?  Mana yang memang jenis rajin membaca tu, biar lah komik ke, cerita seram, cerita misteri, memang bagi saya patut digalakkan. Cuma kita sebagai ibu bapa cuba pantau dari jauh pastikan mereka tidak terjebak dengan bahan bacaan berunsur jenayah, porno dan sebagainya.

Klik sini untuk beli buku online 

Bagaimana cara nak buat anak anda suka membaca? Kalau saya, yang pertama sekali perlu dilakukan ialah, sediakan sudut atau ruangan  yang dapat menimbulkan rasa "happy nak membaca" dalam diri anak. Mereka ni pasti tak berapa gemar dipaksa untui buat sesuatu yang mereka tak suka. Kalau kita setakat beritahu, "membaca itu jambatan ilmu", "banyak membaca luas pandangan".....huh, pasti akan tergambar sedikit kekeruhan di wajah mereka. Kalau boleh kita "excite" mereka untuk mencari sendiri jenis bacaan atau jenis cerita yang mereka gemari. Kita hanya sediakan prasarana, opsyen untuk mereka membeli atau kita belikan, ruang bacaan yang selesa dan menenangkan...Rasanya jika kita sendiri tunjukkan contoh yang baik, iaitu sering luangkan sedikit masa di hujung minggu dengan membaca di ruang bacaan yang kita sediakan, agaknya anak-anak akan lebih mudah terpengaruh. Sekurang-kurangnya apabila mereka lihat kita berehat dengan membaca buku yang kita seronok baca, mereka tahu yang kita ni tidak 'cakap tak serupa bikin'...yang kita ni maksdukan apabila kita beritahu mereka bahawa 'buku itu bukan hanya bahan akademik atau aksesori sekolah.

Kita pun sekali-sekala boleh "surprise" mereka dengan membelikan buku atau komik yang sesuai dengan umur mereka. Industri penulisan novel di Malaysia sekarang pun sudah jauh lebih maju dari dulu. Begitu banyak penulis muda yang menulis pelbagai genre antaranya novel cinta berdasarkan konsep tarbiyah, "indie-Islamic, travelog dan pengalaman mereka sendiri. Nomik atau novel + komik pun sudah popular dan pastimya lebih berjaya menarik minat membaca khususnya di kalangan remaja 12-15 tahun.  Lihat contoh buku di bawah....Ditulis oleh remaja yang sebaya, topik buku pula pasti yang serasi dengan "taste" mereka sendiri. Rasa saya pasti seronok anak dara darjah 6 kita baca dengan adik/kakak atau kawan-kawan mereka?

 

Boleh beli buku di atas harga menarik & hassle free
Harganya sebuah tak sampai RM15. Nak beli boleh whatsapp saya 012-6674409.



    
Klik sini untuk beli buku online 

Sekarang ada pelbagai cara dan avenue untuk kita membeli buku dengan mudah dan murah. Kalau kita memang suka membelek buku dan membaca beberapa helaian dulu sebelum membeli, boleh ke kedai buku yang juga begitu banyak dan pasti ada di mana-mana shopping mall kegemaran kita. Harga buku di kedai-kedai buku kategori "retail chain store" seperti MPH, Popular dan Kinokuniya mungkin kebanyakannya agak mahal, tetapi kadang-kadang mereka menawarkan pelbagai jenis jualan istimewa. Mereka juga menawarkan pembelian buku pada harga diskaun apabila kita subscribe sebagai ahli. Yang menarik juga apabila berkunjung ke kedai seperti ini, mereka menyediakan pelbagai jenis buku dari pelbagai genre jadi kita akan ada banyak pilihan di depan mata.


Kalau anda jenis yang kurang masa untuk berkunjung ke kedai buku, boleh juga membeli secara atas talian. Banyak juga channel yang menyediakan platform begitu mudah untuk anda membeli buku online sekarang antaranya bookcafe, BBO, bukuonline2u dan malah retail chain seperti MPH pun sudah ada MPH online. Ini merupakan perkembangan yang menarik dan amat menguntungkan orang ramai serta dapat membantu meningkatkan peratusan rakyat Malaysia yang membaca lebih dari dua buah buku setahun.

Klik sini untuk beli buku online 

Tambahan lagi beberapa kali dalam setahun akan ada acara yang dinanti-nantikan oleh ulat buku mahupun mereka yang minat dengan industri buku iaitu jualan gudang dan jualan Big Bad Wolf. Kita sebagai ibu bapa patut juga mengambil kesempatan dari pelbagai opsyen dan channel membeli buku yang tersedia di Malaysia untuk membina atau menambah bilangan buku menarik di rumah kita supaya akhirnya anak-anak kita, iaitu generasi akan datang yang bakal memimpin negara tercinta ini, adalah dari kalangan mereka yang suka membaca buku dan berfkiran luas dek banyaknya buku yang dibaca.  Kan bagus kalau dapat macam ni?




No comments:

Post a Comment