Sunday, 14 February 2016

Novel karya novelis popular Rin Ahmad


Kalau dah peminat novel Melayu, mesti pernah dengar pasal Rin Ahmad kan? Dan, kalau dah pernah baca novel karya Rin Ahmad, rasanya memang besar kemungkinan akan sentiasa nantikan peluang untuk baca lagi. Tak kenal maka tak cinta kan? Nak kenal karya Rin Ahmad? Kenalah baca novel beliau kan?
“I’m not surprise to hear this from you. People love to express their thought and ideas. They preach everyone to believe and follow their seemingly good ideology and thought but they themselves don’t practice their own preach.” - Arluna” 
― Rin Ahmad, Arluna

Banyak lagi novel terhangat di pasaran boleh anda beli secara online. Semudah 1-2-3. Hanya "add to cart", bayar dan kami akan hantar terus ke rumah. Jimat wang tanpa perlu keluar rumah untuk mendapatkan novel karya novelis kegemaran anda.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Buku-buku karya Rin Ahmad yang di bawah ini boleh dibeli di Kedai Buku Saduri
PM kami di FB atau whatsapp 012-9081772 



Terbitan Januari 2016
Jejaka Edisi Terhad
Harga : RM22.00
Mukasurat : 624

Sinopsis
“Encik, takkan semua bilik nak buat studio?” ~ Sara.

“Suka hati sayalah. Saya bayar, kan?” ~ Que.

Kisah hidup Cik Akustik Konsultan, Sara Nabila huru-hara apabila bertemu dengan pramugara kacukan Inggeris, Que Zafril. Konon hati takkan goyah dengan godaan bersahaja Que Zafril kerana yang terpahat di hati hanyalah si tall, dark and handsome, Shah Ezlan. Namun, hari demi hari hatinya mula berubah rentak.

Que mempunyai banyak persamaan dengan abang kesayangan Sara, Sean Norman. Kaki snooker, kaki motor besar. Apatah lagi setelah dihalau keluar dari rumah dek angkara sahabat baik merangkap kakak ipar, Indah yang buruk perangainya, hanya Que yang menceriakan harinya. Terasa diri dekat dengan Sean Norman apabila bersama Que. Namun… mahu dicampak ke mana si tall, dark and handsome?

“Love is crap!”
========================================================


Terbitan Januari 2015
BIMBO
Harga: RM23.00
Bilangan muka surat: 584

Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ya ke?

“Astalavista loozzer! With double o and double z.”

Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.

Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.

Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.

Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.

Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.

“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.

“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” - Puan Rosanna.

Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.

Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.

“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth... that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.

Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal terjawab dalam BIMBO.

“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.”
“Fantasi versus Realiti.”
=====================================================================

Buku-buku ni boleh dibeli di Kedai Buku Saduri
PM kami di FB atau whatsapp 012-9081772 



Terbitan Februari 2014
Arluna
Harga : RM21.00
464 mukasurat 

Sinopsis
Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna @ Nina
sangat cliché.

1. Mula-mula terjumpa, terjatuh kat dalam kolam
di puncak Sands Skypark.
Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum
brek?- NIA ARLUNA @ NINA
Emmm… errr... I’m not a car. Uh... I didn’t bring
side mirror while walking.- JOHAN ARIF @ JOE

2. Terjumpa lagi.
I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana
ya? - JOE

3. Terjatuh cinta pula.
Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thank
you’, dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I’ll marry
you’ ya.- JOE

4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibuk
Fazleen ‘udang galah’. Eh, dah kahwin pun muncul lagi?
Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya?
Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewas
dengan hak seorang isteri?
“Tewas Itu Taat.”

=================================================================


Terbitan Mei 2013
Gadis Edisi Terhad
Harga : RM26.00

Sinopsis
Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.

Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?

Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.

Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.

Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.

“I love you Fishy.”

“I love you too Cheesy.”

================================================================


Terbitan Disember 2012
Untuk Semua Dosaku
Harga RM22.00
632 mukasurat

Kisah cinta antara Nur Lisa dan Syed Azri berputik di bumi Jerman. Nur Lisa gadis pintar yang hidupnya riang bertemu dengan Syed Azri kerana rancangan nakal si adik. Sharifah Azrina yang disangkanya teman sebilik sebenarnya ialah jejaka kacak bernama Syed Azri.

“Tak menyesal ya. Tak nak tarik balik kata-kata awak tadi?”

“I do the talking a lot. Which one you meant dear roommate?” Nur Lisa tergelak. Sengallah Azri ni. Pebende merepek entah.

“I’ll be the one. Betcha.”

Nur Lisa tergelak besar. Orang buat lawak dia buat serius la pula. Ego seorang lelaki. Tak boleh tersentuh. Nur Lisa ambil mudah. Tak menyangka jalan-jalan di hadapan yang akan bermula bersama Syed Azri. Permulaan yang tiada penghujungnya.
“Walk the talk Syed Azri.”

Sikap selamba Nur Lisa akhirnya memikat Syed Azri yang egonya sentiasa dijulang ke langit. Di saat cinta berkembang mekar, cahaya hidayah menerjah ke ruang hati Nur Lisa. Kisah lampau, kisah zaman peralihan. Betul orang cakap, nak buat baik, beribu halangan sudah menanti di hadapan kita. Cinta yang menggunung dan kasih sayang yang melimpah-ruah terhadap Syed Azri terpaksa dikorbankan demi cinta barunya kepada Yang Esa.

“Lisa.” Syed Azri cuba memeluk Nur Lisa. Mahu menenteramkan Nur Lisa. Dia kalah melihat titisan air mata di pipi Nur Lisa.

“No.” Nur Lisa menolak tubuh Syed Azri dengan kasar.

“Boleh tak jangan keras sangat? We’ve been together for years and we’ve done lots more than this.

Please....”

“Tolong hormat saya. Perlu ke saya merayu agar awak menghormati saya or should I say even if we’ve been together thousands years, the fact is you are not my husband. Awak tak halal untuk saya. Dan saya pejam mata untuk kisah silam kita.”

“Lisa!”

“I better get going before things become worse.”

“It’s worse already and I hate when you pretending to be good when I know who you are inside out.”

“Then hate me.” Bergegar dada Nur Lisa mendengar perkataan ‘pretending’.

Mereka berpisah di bumi Jerman namun jodoh mengejar Nur Lisa dan dia terpaksa akur bahawa jodoh dambaan lelaki yang boleh dijadikan peneman jalan ke jannah hanya tinggal mimpi. Pertemuan semula dengan Syed Azri di Malaysia menjadi titik ketenangan Nur Lisa dirembat dan kehidupan penuh berliku di samping orang yang pernah menolak jalan yang dipilihnya. Melayani kerenah Syed Azri yang akhirnya bergelar suami atas paksaan keluarga tak semudah ABC apabila jalan hidup yang dipilih berbeza. Apabila tiba saat diri mahu berubah, orang yang paling dekat tidak memberi sokongan malah memandang sepi. Keluarga yang memandang hina dek masa lampau yang terbongkar dan suami yang masih meragui dirinya yang kini berubah.

“You know what naughty Dutches always said for their wives? There are only three ways to please their men. First please them on bed. Second, make them sandwiches and third don’t talk so much. Now do number three and get
yourself ready.” - Syed Azri.

Syed Azri bukanlah lelaki kasanova dan dalam hatinya hanya terpahat nama Nur Lisa. Hanya keegoan membuat dia tegar melepaskan Nur Lisa dulu dan di saat Nur Lisa kembali dalam hidupnya, siapa sebenarnya yang didambakan dalam hidupnya kini? Nur Lisa kekasih hati merangkap roommate di studio kecil di Jerman dulu atau Nur Lisa si isteri yang kini sudah jauh berbeza?

Setiap permulaan pasti berhalangan. Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur
Lisa? 

Nur Lisa binti Tajudin : ~ Cinta yang berputik dalam kancah dosa. Adakah akan terpalit selamanya? Syed Azri bin Syed Gilani : ~ Cinta yang tak perlu berubah. Adakah akan kekal selamanya? — with Shieda Razak.




Beli novel pilihan anda dari Kedai Buku Saduri
PM kami di FB atau whatsapp 012-9081772 

========================================================

Anda minat Ramlee Awang Murshid? 
Dah baca buku terbaru beliau Sunan Yang Sakti?

CINTA menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta – tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta – bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan?

Wali Sufi – melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-NYA.
Maharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang.

“Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan kuhancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan kuseksa. Kujadikan negerimu sebuah neraka dunia!” - Ratna Sang Ratu Sulaman.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Anda suka tengok filem Suami Aku Ustaz lakonan Nora Danish dan Adi Putra? Dah baca novelnya? Boleh beli secara online sini.


Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

========================================================
Banyak lagi novel terhangat di pasaran boleh anda beli secara online. Semudah 1-2-3. Hanya "add to cart", bayar dan kami akan hantar terus ke rumah. Jimat wang tanpa perlu keluar rumah untuk mendapatkan novel karya novelis kegemaran anda.

Atau, anda nak kami carikan buku / novel yang ditulis oleh novelis yang anda minat? Boleh.....
Hubungi Kedai Buku Saduri
PM kami di FB atau whatsapp 012-9081772 




No comments:

Post a Comment