Kami sahkan jika ada stok dan maklumkan anda
Anda transfer bayaran melalui internet banking atau cash deposit. Ini butiran akaun (pilih satu)
CIMB: 7025424077 Rozwan bin Abdul Majid
Maybank: 114525012397 Rozwan bin Abdul Majid
Kami tunggu anda hantar bukti bayaran
Kami hantar secepat mungkin
|
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Mahu baca kisah cinta yang mengharukan dan mampu menenggelamkan perasaan dalam duka?
Ia ditulis oleh Pak Hamka.
Harus beli buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
========================================
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (HAMKA)
RM20.00
PTS MEDIA GROUP adalah satu-satunya penerbit Malaysia yang diberikan hak bagi menerbitkan kembali karya-karya HAMKA di Malaysia.
Pihak penerbit tidak mengubah bahasa dan ejaan yang digunakan oleh HAMKA bagi mengekalkan keaslian karya dan sebagai rujukan pada masa akan datang.
Pihak penerbit juga memberikan glosari di bahagian belakang buku pada perkataan-perkataan yang mungkin tidak difahami oleh pembaca di Malaysia.
===================
Format: Paperback
Saiz: 4.5 x 7.25
ISBN-13: 978-967-411-475-6
Tarikh Terbit: 14 Apr 2015
Jumlah Muka Surat: 304
Berat: 0.23 Kg
==========================
Zainuddin, lelaki yang tidak punya apa-apa. Harta tidak, rupa tidak, cinta pun kosong.
Pada ketika bertemu Hayati, Zainuddin mula sedar, yang harta itu boleh dicari, rupa itu boleh diterima seadanya, dan cinta, adalah satu anugerah Tuhan.
Datangnya cinta itu sebagai satu anugerah, dan perginya ia adalah satu bencana. Haryati terpaksa menikah bukan dengan dia.
------------------------------------------------------
Buku yang harus dijadikan koleksi kerana status penulisnya yang tersohor.
(BUKU PREMIUM) Tenggelamnya Kapal Van Der Wick - Bung HAMKA
==================
RM35.00
Format: Hardcover
Saiz: 5.5" x 8.5"
ISBN-13: 978-967-411-646-0
Tarikh Terbit: 20 Aug 2015
Jumlah Muka Surat : 304
Berat (kg) : 0.43
==================
Inilah karya Hamka yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat. Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya. Inilah juga karya Hamka yang secara lembut dan sopan, memberi kritik sosial yang tajam pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama. Inilah juga karya Hamka, yang bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, juga akan membuat dada sesak menahan hiba. Karya yang akan membuatkan pembaca turut tenggelam dalam emosi dan makna, seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
============================================================
Siapa Pak Hamka?
Hamka atau nama sebenarnya Abdul Malik bin Karim Amrullah lahir pada 16 Februari 1908 di Ranah Minangkabau, Sumatera Barat, meninggal dunia di Jakarta pada 24 July 1981 dikebumikan di TPU Tanah Kusir Jakarta. Beliau meninggalkan 10 orang anak, 7 lelaki dan 3 perempuan.
Nama Hamka bukan saja terkenal di Indonesia malah di Malaysia, Singapura, Brunei dan beberapa Negara Arab. Beliau diberi gelaran Buya, panggilan masyarakat Minangkabau yang bermaksud ayah atau seseorang yang dihormati. Buya Hamka terkenal sebagai seorang Sasterawan, pendakwah, ulama dan aktivis politik.
Buya Hamka mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar Maninjau sehingga darjah dua. Kemudian menyambung pelajaran di Thawalib yang didirikan oleh bapanya sendiri di Padang Panjang. Di situ Buya Hamka belajar agama dan bahasa Arab.
Buya Hamka pernah menjadi guru agama pada tahun 1927 di sekolah Agama Perkebunan Tebing Tinggi, Medan kemudian berpindah ke Padang Panjang pada tahun 1929. Buya Hamka pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam, Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga 1958. Kemudian beliau dilantik sebagai rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo, Jakarta.
Dari tahun 1951 hingga 1960, beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Tinggi Agama Indonesia kemudiannya meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik.
Nama Hamka mula dikenali sebagai Sasterawan apabila menulis beberapa buah novel yang diminati ramai hingga sekarang antaranya Tenggelamnya Kapal Van der Wijck (1937), Di Bawah Lindungan Kaabah (1936), Merantau ke Deli (1940), Tuan Direktur (1939) dan beberapa buah lagi.
Sebagai ulama pula Buya Hamka menulis berpuluh buah buku agama antaranya Tasawuf Moden (1939). Falsafah Hidup (1939) Lembaga Hidup (1940) Lembaga Budi (1940) Tafsir al Azhar 1-30 juzuk dan banyak lagi.
Selain itu Buya Hamka juga pernah memegang jawatan Pegawai Agama di Kementerian Agama, kemudian terlibat dengan gerakan Muhammadiyah dan Masyumi serta menjadi ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI). Buya Hamka juga sering diundang berceramah di radio dan TV Indonesia.
Sebagai ulama Minangkabau, Buya Hamka digelar “Tuanku Syaikh”, berarti ulama besar. Sebagai pejuang kemerdekaan, Buya Hamka mendapat gelaran “Pangeran Wiroguno” dari Pemerintah Indonesia. Sebagai ilmuan Islam, Buya Hamka mendapat gelaran “Ustadzyyah Fakhryyah” (Doctor Honoris Causa) dari Universitas Al-Azhar, Mesir, pada 1959. Buya Hamka juga dianugerahkan Prof Doktor Hamka dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974.
Buya Hamka pernah ditahan selama dua tahun empat bulan disebabkan perbezaan fahaman politik dengan Presiden Suekarno. Buya Hamka pernah menjadi ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) tetapi kemudiannya meletak jawatan kerana di paksa menarik semula fatwa MUI yang menfatwakan haram hukumnya umat Islam merayakan hari natal.
======================================================================
Promosi 24Feb2016!!!
HAMKA: Ulama, Pemimpin, Sasterawan
Harga RM27.00
Format: Paperback
Saiz: 5.5 X 8.5
ISBN-13: 978-967-411-310-0
Tarikh Terbit: 10 Oct 2014
Jumlah Muka Surat : 492
*** Info Buku (sumber PTS) ***




No comments:
Post a Comment